Tuesday, March 1, 2011

love hater

Aku dah nekad, pasni aku dah tak nak mencari cinta lagik. Kalau ada, ada lah. Kalau takde, nak wat camne.
 Kadang kadang aku rasa dah malas nak ada hubungan hati lagi. Cukuplah sekadar "light light" je. Tak larat dowh, nak sakit hati sensorang. Sian la kat hati aku... Kalau aku tak jaga hati sendiri, sape lagi?? Takkan nak tunggu jiran sebelah umah aku or pak cik guard yang malas bukak gate time aku balik ye tak?? Sekarang ni, aku ingat nak fokuskan diri kepada kerjaya n misi 2011 aku je. Dah lama aku abaikan hati & diri sendiri. So, aku nekad n nekad n nekad..... (hurmpphhhhhh!!!! tarik napas dalam2).

Kekadang, aku jeles nengok bestfwen aku yang "commitment phobic" sedang berbahagi sekal (berbahagia sekali) bersama teman teman & tak perlu nak risau untuk jaga hati orang "penting". Cam best la plak. Aku nak kena belajar enjoying kehidupan solo. Aku rasa paling lama aku solo pun just dalam 8 bulan je. Aku kena pecahkan rekod aku ni. Lets make it for a year first. Hehehehehehh.... pastu kita tengok ape hasilnya..

Saturday, February 26, 2011

keluhan seorang aku.....

Jatuh cinta lagi???
 Bunyiknya cam bagus for those yang solo molo...Tapi, bagi aku benda ni adalah DISASTER. Tanggal 1.1.2011, aku cam terjatuh cinta sekali lagi. Tapi, aku rasa masa tu nafsu melangkaui akal fikiran menyebabkan aku tidak boleh berfikiran secara waras. Aku tewas dalam nafsu dan dunia ciptaanku sendiri. Aku sangkakan 2011 bisa mengubah kehidupan cinta & segalanya, tapi aku telah melakukan silap besar.
Padan muka! Itu je kata yang paling tepat untuk aku. hehehhehehhehehe :). Jangan terlalu over kompiden, last2 merana sendiri.... Nak tak nak sekarang aku terpaksa hadap semua ini. Betul la, kata orang orang tua, "Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran".
Aku tak pernah belajar dari kesilapan  lama, yang aku tau, mesti nak ikot gak idea meraban lam palotak aku ni. Aku baru sahaja berjaya men"draft" plan plan baru yang mendatang. Harap - harap sukses. 2011, you are so MEAN to me. I will not begging you for mercy. I will make it a good year for me...(ayat nak sedapkan hati sendiri)..
Good luck for me & for those yang sibuk mencari cinta, ini pesanan penaja.. "jangan terlalu ghairah, be smart, kalo tak end up nye cam aku.."